-

Sunday, August 22, 2010

CenyuM CimpOL

1- Seorang guru menerima sepucuk surat dari
emak salah seorang muridnya.

"Kepada Cikgu yang budiman.... mohon
jasa baik cikgu agar anak saya Rusli di
beri pelepasan dari membuat kerja
sekolahnya... Kerja sekolah yang dimaksudkan
ialah yang cikgu berikan semalam
menyuruh anak saya mengira dengan
tepat.. masa
yang diperlukan oleh seseorang untuk
berjalan kaki mengelilingi Stadium Utama
sebanyak lima puluh pusingan...


Ini telah mengakibatkan ayahnya tidak
dapat bekerja hari ini kerana ayahnyalah
yang telah melakukan semuanya itu
sehingga berada dalam keadaan koma hari
ini.."

Belas kasihan daripada cikgu amat saya
hargai..



2- BOY : May I hold your hand?
GIRL : No thanks, it isn't heavy.

GIRL : Say you love me! Say you love me!
BOY : You love me...

GIRL : If we become engaged will you
give me a ring??
BOY : Sure, what's your phone number??

GIRL : I think the poorest people are
the happiest.
BOY : Then marry me and we'll be the
happiest couple

GIRL : Darling, I want to dance like
this forever.
BOY : Don't you ever want to improve??

BOY : I love you and I could die for you!
GIRL : How soon??

BOY : I would go to the end of the world
for you!
GIRL : Yes, but would you stay there??

3- SHARON : Have you ever had a hot
passionate, burning kiss??
TRACY : I did once. He'd forgotten to
take the cigarette out of his mouth.


4- MAN : You remind me of the sea.
WOMAN : Because I'm wild, romantic and
exciting?
MAN : NO, because you make me sick.


5- WIFE : You tell a man something, it goes
in one ear and comes out of the other.
HUSBAND : You tell a woman something: It
goes in both ears and comes
out of the mouth.


6- MARY : John says I'm pretty. Andy says
I'm ugly.What do u think,
Peter?
PETER : A bit of both. I think you're
pretty ugly.

7- Girlfriend : "...And are you sure you
love me and no one else ?"
Boyfriend : "Dead Sure! I checked the
whole list again yesterday".

8- Teacher : "Which is more important to
us, the sun or the moon?"
Pupil : "The moon".
Teacher : "Why?"
Pupil : "The moon gives us light at
night when we need it but the sun
gives us light only in the day time when
we don't need it".

9- Teacher : "What do you call a person
who keeps on talking when
people are no longer interested?"
Pupil : "A teacher".

10- Waiter : "Would you like your coffee
black?"
Customer : "What other colors do you have?"

11- My father is so old that when he was
in school, history was called
current affairs.

12- Teacher : "Sam, you talk a lot !"
Sam : "It's a family tradition".
Teacher : "What do you mean?"
Sam : "Sir, my grandpa was a street
hawker, my father is a teacher".
Teacher : "What about your mother?"
Sam : "She's a woman".

13- Tom : "How should I convey the news
to my father that I've failed?"
David: "You just send a telegram: Result
declared, past year's
performance repeated".

14- Cool Teacher : "Now, children, if I saw
a man beating a donkey and
stopped him, what virtue would I be
showing?"
Student : "Brotherly love".


15- Teacher : "Now, Sam, tell me frankly
do you say prayers before eating?"
Sam : "No sir, I don't have to, my mom
is a good cook".

16- Patient : "What are the chances of
my recovering doctor?"
Doctor : "One hundred percent. Medical
records show that nine out of
ten people die of the disease you have.
Yours is the tenth case I've
treated. The others all died".

17- Teacher : " Can anybody give an
example of COINCIDENCE?"
One Student : "Sir, my Mother and Father
got married on the same day
and at the same time."

18- Teacher : " George Washington not
only chopped down his father's
Cherry tree, but also admitted doing it.
Now do you know why his father didn't
punish him ?"
One Student: " Because George still had
the axe in is hand."

19- Ada tiga orang Nenek duduk bersembang
di dalam satu bilik.

Nenek 1 mengeluh,
"Aku kalau simpan barang kat satu
tempat, mesti lepas tu dah tak ingat mana
aku letak,... Haiii ".


Jawab Nenek 2,
" Itu okay lagi, Kau tengok ... aku nie
lagi laaa..teruk, kalau aku naik
tangga pas tu letih, aku berhenti duduk
kejap, lepas tu dah tak ingat aku
nak naik tangga ke turun tangga !!!".
Haru betooi.

Nenek 3 menyampuk
" Apalah korang nie, muda lagi daripada
aku tapi dah nyanyok, tengok macam
aku nie steady lagi", sambil gelak2
tangan menepuk meja berkali-kali.

Pas tu diam, Nenek 3 cakap " ha! sapa
pulak yang ketuk meja tu..?"

Nenek 1 & 2 menggeleng kepala...!!!









Mau Baca Lagi...

Wednesday, August 11, 2010

Gurauan Dalam Islam


SELAIN mengumpat, satu daripada bencana yang dilakukan oleh lidah manusia ialah gurauan. Termasuk dalam istilah gurauan ini ialah kelakar, melawak, olok-olok dan berjenaka. Abdus Samad Falembani dalam kitab Hidayatus Salikin menyebut gurauan sebagai 'al-mizah'. Beliau membawa hadis Rasulullah yang bermaksud; "Jangan engkau bantahi saudaramu dan jangan engkau perguraukan dia." (Hidayatus Salikin: 170). Menurut Imam al-Ghazali, bergurau itu ditegah syarak kerana ia membawa kepada banyak tertawa.

Banyak tertawa itu mematikan hati dan boleh 'menanggalkan' hati. Paling dahsyat, menurut beliau, ia boleh membawa atau mendorong kepada perbuatan derhaka. Ini berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud; "Seseorang lelaki yang berkata dengan suatu perkataan supaya rakannya tertawa maka dia dijatuhkan ke dalam neraka selama 70 tahun." Imam Ghazali menasihatkan supaya manusia menjaga lidahnya daripada berkata-kata untuk menimbulkan gelak ketawa.


Kata-kata gurau senda sebenarnya boleh menghilangkan malu seseorang. Ini kerana dalam mencari bahan ketawa, manusia sanggup membuat cerita bohong dan tidak munasabah. Untuk mereka-reka bahan lucu, mereka membuat cerita yang ganjil dan tidak masuk akal dan kebanyakannya cerita dusta. Inilah puncanya orang yang membuat kelakar boleh hilang malu. Pada hakikatnya malu senjata orang beriman. Malu adalah alamat atau tanda orang yang beriman.

Yang paling mengaibkan, sebahagian daripada kita suka membawa cerita lucah atau separuh lucah dalam perkataan semata-mata untuk menimbulkan gelak ketawa orang lain. Rasulullah bersabda bermaksud; "Malu adalah cabang daripada iman." Dalam sabda lain, baginda menyatakan; "Malu dan iman seganding. Apabila terangkat salah satu daripadanya maka terangkatlah kedua-duanya." Dapat difahami daripada hadis ini, jika seseorang itu hilang perasaan malu daripada dirinya maka hilang jugalah imannya.

Namun begitu, bergurau ala kadar dibolehkan. Bagi sesetengah orang yang tidak tahan bergurau mungkin menimbulkan persengketaan atau perkelahian. Maka ini bertentangan dengan kehendak Islam. Firman Allah bermaksud; "Sesungguhnya orang beriman itu adalah bersaudara maka perbaikilah hubungan antara kedua-duanya." (al-Hujurat: 11). Justeru, elakkanlah bergurau, bersenda melampaui batas perasaan atau pemikiran rasional supaya ukhuwah sesama kita tetap terpelihara.




Mau Baca Lagi...

BEAUTIFUL EYES CONTEST BY NJ-LENS

Salam,ehehe....last nite sye d tengok blog kengkawan...dorg join contest ni..
Tibe2 je rase nak join jugak,leh tak??? ^.* Tringin jugak nak menang,hehe ade hadiah tu...kalau u allz nak tau,sila teruskan meneliti dengan sebaik mungkin :P Contest yang dimaksudkan adalah BEAUTIFUL EYES CONTEST BY NJ-LENS..


Powered by BannerFans.com


U allz kalau nak join jugak,jom,saye tunjukkan cara2nya ye cik dan puan ^.^
Sila teliti syarat2 di bawah ini....
Camne nak join? Senang je...

  1. 1. Be NJ-LENS follower. (Make NJ-Lens as ur Follower)
  2. 2. Link and put NJ-LENS banner in ur blog.
  3. 3. Snap a close up photo of ur beautiful eyes with or without contact lens.
  4. 4. Edit photos are acceptable.
  5. 5. We only accept 1 photo for each entry.
  6. 6. Write about this contest in ur blog.Put NJ-LENS link in ur entry.
  7. 7. Put this Beautiful Eyes Contest banner in ur side bar.
  8. 8.After joining, leave ur name, email & ur entry link at this comment box.
1st prize
a pair of GEO contact lens (any design)
1 cute hello kitty lens case

2nd prize
a pair of GEO contact lens ( 1 tone design)

CLOSING DATE : 24 Aug 2010
Cepat2,ade time lagi nak join ^.^

Dan....ini dia,buat kali pertama i post pic at my Lovely blog nih.....


Image and video hosting by TinyPic


Tadaa!!! hehe..It is Truly me...so apalagi? Jom la join same2....Kite mencuba je,Betoi ke idak?hehe....Sye x Penah pakai Contact lens,dan amat teringin sangat pakai that luvly contact lens, jadi sye hrp sye menang, n lehla bergaye dengan contact lens tuh??? ^.^
Kalau u allz nak join...dipersilakan klik di sini ....
Sekian...wassalam & Good Luck ^.^


Mau Baca Lagi...

Hadis-hadis Sahih tentang tawaran di bulan Ramadhan


Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w sabdanya bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu" - (Hadis Sahih-Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Apabila datang bulan Ramadan, terbukalah pintu-pintu syurga." - (Hadis Sahih-Riwayat Bukhari)

Dari Salman r.a., katanya., Rasulullah s.a.w. telah berucap kepada kami (dalam salah satu khutbahnya) pada hari yang akhir bulan Syaaban, sabdanya yang bermaksud,

1."Wahai umat manusia, kamu sedang dinaungi (bulan Ramadan) yang besar kemuliaannya, lagi berkat. Bulan yang mengandungi satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan (malam Lailatul Qadar).

2. Bulan yang puasanya dijadikan Allah satu perintah yang diwajibkan dan (selain dari itu ) disunatkan mengerjakan sembahyang tarawih pada malam harinya.

3. Barangsiapa mendampingkan diri kepada Allah dalam bulan Ramadan dengan sesuatu dari perkara-perkara kebajikan- samalah seperti ia mengerjakan satu perintah Allah yang diwajibkan pada bulan-bulan yang lain.

4. Dan barangsiapa yang menunaikan satu perkara yang diwajibkan Alllah pada bulan itu-samalah seperti ia menunaikan tujuh puluh perkara yang diwajibkan Allah pada bulan-bulan yang lain.

5. Bulan Ramadan juga adalah bulan kesabaran, sedang kesabaran itu pahalanya ialah syurga; ia juga bulan untuk masing-masing bersedekah dan memberikan bantuan dan ia juga bulan padanya ditambahkan rezeki orang-orang yang beriman.

6. Barangsiapa menjamu seorang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka perbuatannya yang baik itu menyebabkan ia diampunkan dosanya dan menjadi penebus dirinya dari neraka dan ia pula mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa yang dijamu itu dengan tidak mengurangkan pahala orang itu sedikit pun. Sahabat-sahabat Baginda berkata, "Ya Rasulullah, kami semua bukanlah orang-orang yang ada sesuatu untuk menjamu orang-orang yang berpuasa." Lalu Rasulullah s.a.w. menerangkan, "Allah Taala akan memberikan pahala tersebut kepada sesiapa menjamu orang berpuasa untuk berbuka puasa sama ada dengan sebiji buah tamar (kurma) atau segelas air sejuk atau dengan sedikit susu bercampur air."

7. Bulan Ramadan juga ialah bulan yang awalnya dipenuhi dengan rahmat, pertengahannya dipenuhi dengan keampunan dan akhirnya dipenuhi dengan pahala yang menjadi penebus dari neraka.

8. Barangsiapa meringankan beban kerja khadamnya (orang gajinya) dalam bulan Ramadan, akan diampunkan Allah dosanya dan dibebaskan dari neraka.


9. Banyakkan kamu mengerjakan empat perkara dalam bulan Ramadan iaitu dua perkara dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi kamu sangat-sangat perlukan. Adapun dua perkara yang dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu ialah pertama,mengucap Asyhadu an la ilaha illallah," kedua, banyakkan beristighfar (memohon ampun) kepadaNya dengan menyebut Astaghfirullah. Adapun dua perkara lagi yang sangat-sangat kamu perlukan itu pula ialah, pertama, (banyakkanlah) memohon kepada Allah Taala supaya dimasukkan kamu ke dalam syurga, serta berlindung kepada-Nya dari azab neraka – dengan menyebut Nas aluka jannah wana uzubika minannar."


10. Dan selain itu, (sabda baginda lagi), "Barangsiapa memberi minum seseorang yang berpuasa (semasa berbuka puasa), Allah Taala akan memberi minum kepadanya dari kolam-Ku (kolam al-Kauthar) dengan sekali minum sahaja (yang menjadikan dia) tidak akan merasa dahaga (selama-lamanya) sehingga ia masuk ke dalam syurga." - (Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dalam kitab sahihnya).

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya yang bermaksud, "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadan, menyerulah malaikat, katanya, "Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hemdak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka-daripada memasukinya" – (Riwayat Tarmizi dan Nasa'i) Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadan).

RUKUN PUASA

1- Niat puasa Ramadan malam pertama:-

"Sahaja aku berniat puasa Ramadan esok hari kerana Allah Taala dan sahaja aku berniat puasa sebulan Ramadan kerana Allah Taala."

MALAM KEDUA dan seterusnya boleh di ulangi niat :

"Sahaja aku berniat puasa Ramadan esok hari kerana Allah Taala."

MASA BERNIAT :

Selepas berbuka sehingga lah sebelum terbit fajar.

2- Menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari seperti:-

- memasukkan sesuatu dengan sengaja pada rongga yang terbuka seperti mulut, telinga, hidung dan dua laluan najis.

SUNAT BERDOA SELEPAS BERBUKA PUASA:-

" اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَعَلَى رِزْقَكَ أَفْطَرْتُ وَبِكَ ءاَمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَرَحْمَتَكَ رَجَوْتُ وَاِلَيْكَ أَنَبْتُ"








Ramadhan Kareem & Selamat Berpuasa ^-^



Mau Baca Lagi...

Amanah & Ramadhan

Salamualaik...Hai hai hai sume http://www.cute-smiley.com
Harap u allz sume sihat walafiat...arini barula sye berpluang jengok blog ni,hehe
Sory jarang update coz sye da stat koje minggu lepas ^.^ ALHAMDULILLAH...
Rase nervous,happy,curious sume d bile dpt kerja ni. Post yg sye dapat adalah Pen. Pegawai Syariah@Timbalan Pendakwa Syarie...saye diamanahkan utk mendakwa di Mahkamah Rendah Syariah. Amanah tu memang dirasakan berat,kerana dengan kata-kata kita,kita leh membuat orang yang didakwa didenda,dipenjara,digantung dan sebagainya..saye memang kena kuat utk hadapi sume ni,yeah!! yang penting bak kata kak Nora,my sifu, ikhlaskan diri kita dengan seikhlas2nya dalam melaksanakan sesuatu perkara.. ^-^
Kawan2,saye mengharapkan doa kalian semua, moga saya menjadi lebih cemerlang selepas ini..ameen.. U.U
Sebelum Undur diri,nak jugak wish kat u all..."SELAMAT BERPUASA" http://www.cute-smiley.com
Moga datangnya Ramadhan kali ini,sibukkanlah diri kita dengan zikrullah,muhasabah diri..membaca Al-Quran..kerana setiap amalan yang dilakukan dalam bulan Ramadhan ini,pahalanya lebih berganda berbeza dengan bulan2 yang lain...maka kawan2,rebutlah peluang ini kerna, kita tidak tahu lagi sama ada kita sempat atau tidak berjumpa Ramadhan yang akan datang...
http://www.cute-smiley.com
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w sabdanya bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu" - (Hadis Sahih-Riwayat Bukhari dan Muslim)


Mau Baca Lagi...

Sunday, August 1, 2010

DownLoad Free & FuLL Version Games!


Salam tok sume!! ^.^
Kepada yg kaki main game...ni game biase2 je,untuk hilangkan bosan u all,bukan yg game tembak2 tuh,hehe...macam2 game ade taw,hidden games,strategy games,puzzle games,time management games..semuanya yang the latest tau,free plak tuh...saya donlod kat sini je selalu..memang best..Two thumbs up! :)
Kalau nak download full version games dengan percuma,tanpa bayar 1 sen pn..U all kna la
http://www.cute-smiley.com



Image and video hosting by TinyPic



Mau Baca Lagi...