-

Saturday, July 31, 2010

Li5a Rahsia

خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها
Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya


1-وجه جميل
1:wajah yang cantik


2- فلوس بالملاين
2:duit yang banyak


3- صحة قوية
3:kesihatan yang baik


4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا
4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita


5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية
5:tidur yang nyenyak tanpa gangguan


سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟
senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari.


قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud


من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه
siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa
yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat


بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan
badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg
bermanfaat


أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang
nyenyak




Mau Baca Lagi...

MeLihat Tanpa BerteMu??


Seorang pengembala tua sedang mencari-cari kerbaunya yang hilang. Puas dicarinya di merata-rata tempat, namun kerbaunya masih belu ditemui. Dia bertembung dengan seorang budak yang sedang memancing.
Pengembala itu pun bertanya: "Ada kau nampak kerbau pakcik yang hilang?"
"Oh, kerbau pakcik yang buta matanya disebelah kiri tu ya?" tanya budak itu.
"Ya, ya…"jawab pakcik itu dengan cepat.

"Rasanya kerbau pakcik itu dah tua.." tambah budak itu lagi.
"Betul, betul, kerbau pakcik memang sudah tua. Kau ada jumpa dia?"
'Kerbau pakcik tempang kaki kanannya yang di sebelah hadapan bukan?"
"Betul, betul, tunjukkan kerbau pakcik itu di mana?"
"Maaf pakcik, saya tak jumpe kerbau pakcik.." kata budak itu.
"Kau jangan main-main. Memang itulah kerbau pakcik. Kerbau pakcik dah tua, tempang kakinya dan buta mata sebelah kanannya. Jangan bergurau, pakcik nak cepat ni.."
"Betul saya tak nampak, pakcik," balas budak itu lagi.
"Kalau kau tak jumpa, bagaimana kau tahu sifat kerbau pakcik?"
Budak itu tersenyum.
"Macam ni.." budak itu membawa pengembala itu ke tepi belukar.
"Tengok rumput-rumput ini. Ia telah diragut oleh kerbau pakcik. Ini kesan ragutannya.." Budak itu menunjukkan kesan ragutan pada rumput-rumput hijau tersebut.
"Ya, ini memang kesan ragutan kerbau. Tapi macam mana kau pasti ini kesan ragutan kerbau pakcik? Bukan kerbau lain?"
"Cuba pakcik lihat baik-baik. Semua rumput yang diragutnya adalah yang disebelah kiri. Itu menunjukkan kerbau itu buta mata kanannya. Kesan ragutannya pula tidak sekata. Menunjukkan giginya yang sudah jarang atau ada yang patah…maknanya kerbau ini telah tua. Dan tengok pula kesan tapak kakinya. Kesan tapak kaki hadan sebelah kanan berbeza dengan tapak-tapak kakinya yang lain. Ia kelihatan seperti diseret, ada ketikanya tidak ada langsung. Ini menunjukkan kerbau ini telah tempang…"

Pengajaran:
Tak semestinya kita perlu nampak sesuatu untuk kita menerima kewujudannya. Ada waktunya keyakinan dapat dicapai hanya dengan melihat tanda-tandanya.
Begitulah Allah, kita tidak perlu melihatnya dengan mata untuk mengakui keagunganNya. Cukuplah dengan melihat ciptaanNya! Allahu Akbar!








Mau Baca Lagi...

Friday, July 30, 2010

10 AmaLan Yang TerbaLik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara, kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik?
Atau kita mempunyai tujuan lain. ??

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan berpuluh ringgit satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid sedangkan itu ialah peraturan Allah. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk forward kan sms atau emel dalam bentuk jokes, gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)


Mau Baca Lagi...

Thursday, July 29, 2010

Khas buat SauDaraku

"Wahai wanita yang sentiasa disayangi Allah Taala, jangan lah kamu risau akan jodohmu kerna Muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut hatinya pada kecantikan/lirikan senyuman, pada bicara manja yang menggoda,pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita. Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa lelaki yang kamu nantikan sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu. Kerna pada wanita itu mesti ada kekurangan & lelaki yang benar2 layak pasti hadir untuk melengkapkan kekuranganmu..."http://www.cute-smiley.com




Mau Baca Lagi...

Monday, July 26, 2010

Best Jadik Cikgu???


Salamualaik!! Rase cam da puas sangat dah dok kt umah...x saba n nervous bile nak stat job baru...wink woot!! ^.^ This 2 Ogos 2010, saya akan stat koje baru...Tempat baru,Boss baru,kawan baru n of cos koje baru la??hehe Sebelum ni, saya koje jadik cikgu sandaran(GSTT) kat sekolah menengah...6 bulan jugak la saya jdik pendidik ank2 zaman moden nih...3 bulan mengajar di sekolah menengah yang majoriti nya chinese n 3 bulan seterusnya kt sekolah yg majornye budak Melayu...akhir bulan 6 aritu saya benti ngaja coz dpt tau yg Ratu dpt post kt gomen,ALHAMDULILLAH!!

Well..Nak cite la skit pngalaman ngaja ni..saya ni,kena plak dpt sekolah yg mmg terkenal ngan muridnye yg suke ponteng sekolah...Pada pendapat saya la kan, kebanyakannya budk zaman skarang ni, lum kenal lagi erti susah.xkenal lagi erti hormat.xkenal erti belajar.Dorg p skolah just utk jumpe kwn2nye n ktawe dan ktawe...Dengar cikgu cakap?jauh skali,boleh dikira ngan jari saya...hehe Masuk kelas,lepak...ktawe..xendahkan cikgu kt depan wlupun dah wrning bnyk kali mcm,huhu mmg bertuahhh sgt budak2nyee...

Pergi skolah bwk beg skolah yg xde isi ngan buku pun??macam mane 2?bile xbwk,kena denda..denda,dorg da lali da kot,huhu Bile markah exam x lulus,baru la nak ngendeng2 kat saya nak mintak markah xtra..Bile saya xbagi,dorg kan ckp saya 'cikgu kedekut', 'hajah bakhil',saya dngar ngan telinga comei saya sndri taw,huhu sedih,tp nak wat cmne,saya nk bagi mrkah xtra pn x smangat bile dorg x pay attention time saya ajar,ktawe kuat2 mcm cikgu xde dlm clas 2,huhu

Ya Allah, budak skarang....Salah dorg @ salah parent dorg?saya ade tnye slh sorg murid saya. Dia kate dia lemah dlm subjek Agama Islam,n then saya tnye,awk xde skolah agama ke?
Dia leh jwb cmgni,dia skola agama...tp asyik x lulus je so xdpat naik tahun seterusnye..last2,dia benti..hmm..salah dia jugak la kn?dia x blaja?ataupun pngaruh kwn pn ye gak..

Saya ingt, better dorg ni x payah dtg skolah, membazirkan duit n harapan mak bapak dey all je..Agaknye bile dah bis SPM, kena koje kat warung,koje kt kilang,myb baru dorg nk sedar kot pelajaran n ilmu tu penting??? hai ank2 murid saya, insafla syg...Camnela nti korg nk sara mak ayh korg nti?Camne la mse depan korg nti? Jadi Doktor?Lawyer?Wallahu A'lam...
Hmm..saya bukan mengumpat tau,saya kesal, saya cume nak u all tau hakikat budak zaman skarang...We must do sometin!Bukan Cikgu je yg bertanggungjwb dlm hal ni tp sume org ye..

Ya ALLAH, berilah HIDAYAH kpda ank2 muridku ini..Ya ALLAH,berilah mereka kesedaran!! Ameen ,Ya Rabbal A'lamin...



Mau Baca Lagi...

Sunday, July 25, 2010

TuNang @ EngaGed...


Arini cousin saya tunang,kat kampung...spupu tua stahun dari saya..saya da 24 taun da skang...da makin tua,tapi i'm still childish ag,huhu..td bile da bis majlis,sume orang tanya kat mak,saya bila lagi?? Soalan yg amat baik 2,hehe Jawapannya,saya nk tunang ngan sape?hwaa!!!
Bile tengok cousin saya tunang,alahai,bestnye... U.U Tringin tuu.... :P tp xpe la, ade JODOH,adela,xkan lari kemane nye...InsyaAllah kalau saya ade umur ag... U,U
Lagipun,mude ag,banyak ag dreams yang saya lum capai...kn??
Ya Allah, Tuhanku,Kasihku, berkatilah dan lindungilah daku dalam RahmatMu selalu...Ameen Ya Rabbal A'lamin...

Mau Baca Lagi...

Friday, July 23, 2010

Confuse!!!! ^.*




Salamualaik!!! (^.^) saya bingung la skang ni..saya still no idea what to write!huu
Actually,saya lebih minat kalau saya nk share something different? Camne 2 ek,ape yg different?? in This BLOG,saya akan share ilmu sebanyak yg boleh...Hope u all enjoy the things that i want to share!!! ^.^

Mau Baca Lagi...

Wednesday, July 21, 2010

I have my own BloG??? (^.?)

Cam x pecaye..tapi,kena pecaye jugak!!! ^.^ Saya d blog???
urm..Saya sbenarnye x minat nk mengarang atau menulis atau pn bercerita...
tapi bila saya pk n pk,saya nk wat jugaklah...ehehe..
tringin nak minat memblog like others...
tringin nk rase best ke d blog sndri nih??
so..wish me Luck!!! ^.^



Mau Baca Lagi...